Sabah Workers Integrated Management System (SWIMS) merupakan sistem pengurusan bersepadu untuk
pekerja asing dan bukan pemastautin di negeri Sabah yang dibangun, diselenggara dan diurus oleh
Smart Sabah Corporation Sdn Bhd iaitu syarikat 100% milik kerajaan dibawah naungan Jabatan Ketua
Menteri Sabah
Program SWIMS ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Hal Ehwal
Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah untuk mengumpul data pekerja asing dan bukan
pemastautin dalam Negeri Sabah. Data ini dapat membantu Kerajaan Negeri dalam merancang dan
membuat sebarang keputusan yangberkaitan.
Majikan menggunakan sistem SWIMS sebagai satu platform untuk pengurusan pekerja asing termasuk
tanggungan mereka
Sistem SWIMS juga mampu untuk berintegrasi dengan mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri Sabah dan semua program khas berkaitan sedia ada.